TARI PIRING
Tarian Piring atau dalam
bahasa Minangkabau Tari Piriang merupakan sebuah seni tarian milik orang
Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat. Tari Piring merupakan salah satu
seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan
Minangkabau.
Tarian ini memiliki gerakan
yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai
dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan
hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para
penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang
dimainkan oleh talempong dan saluang. Kadang piring-piring itu akan dilontar ke
udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut. Bagi
menambah unsur-unsur estetika , magis dan kejutan dalam tarian ini, penari
lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut dan
tidak pula luka. Penonton tentu akan berasa ngeri apabila kaca-kaca pecah dan
tajam itu dipijak sambil menari.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar